Pengerusi KRT 18R12 segak bergaya...huhh |
PERATURAN-PERATURAN PERLU RUKUN TETANGGA (1975)
1. PENDAHULUAN
1.1. Skim
Rondaan Sukarela adalah suatu skim yang dipohon oleh pemastautin
sukarelawan di bawah Peraturan 27A, Peraturan-Peraturan Perlu Rukun
Tetangga (1975), Pindaan 1988.
1.2. Skim
ini dikendalikan oleh Jawatankuasa Rukun Tetangga yang bertindak
sebagai Jawatankuasa Skim, manakala rondaan dilaksanakan oleh tidak
kurang dari 20 pemastautin sukarelawan yang memohon untuk melaksanakan
rondaan di sebahagian atau di seluruh kawasan Rukun Tetangga.
1.3. Skim
Rondaan Sukarela dijangka menjadi tulang belakang bagi program serta
aktiviti Rukun Tetangga kerana ia boleh mencegah kejadian dan gejala
sosial negatif di samping dapat merapatkan hubungan Rukun Tetangga
dengan penduduk setempat.
2. TAFSIRAN
2.1. Skim Rondaan Sukarela
bermaksud satu skim yang dipohon sendiri oleh pemastautin dan apabila
diluluskan akan dikendalikan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Skim dengan
kerjasama Pemastautin Sukarelawan dalam sesuatu Kawasan/Sektor Rukun
Tetangga yang berkenaan.
2.2. Jawatankuasa Skim
bermaksud Jawatankuasa Kawasan/Sektor yang mengendalikan Skim Rondaan
Sukarela dalam Kawasan/Sektor Rukun Tetangga yang berkenaan.
2.3. Ahli Jawatankuasa Skim
bermaksud Ahli Jawatankuasa Kawasan/Sektor Rukun Tetangga yang
mengendalikan Skim Rondaan Sukarela dalam Kawasan/Sektor Rukun Tetangga
yang berkenaan.
2.4. Pemastautin Sukarelawan bermaksud seseorang yang telah membuat permohonan melalui Borang Enam dan Tujuh untuk menyertai Skim tersebut.
2.5. Peralatan Rondaan bermaksud
peralatan bagi menjalankan Skim Rondaan Sukarela adalah seperti vest,
wisel, cota, lampu picit, baju hujan dan lain-lain yang dibekalkanoleh
Jawatankuasa Skim.
2.6. Pengarah bermaksud seseorang yang telah diwartakan sebagai Pengarah Rukun Tetangga di bawah Peraturan-Peraturan Perlu (RT) 1975.
3. PUSAT RONDAAN
3.1. Setiap
Kawasan/Sektor Rukun Tetangga yang mengendalikan Skim Rondaan Sukarela
perlu mempunyai sebuah pusat rondaan sebagai pusat operasi.
3.2. Pusat
rondaan boleh diadakan di pusat atau di bangunan Rukun Tetangga, Balai
raya, dewan orang ramai, pos kawalan, di rumah ahli Jawatankuasa Skim
atau di mana-mana tempat yang difikirkan sesuai yang dibenarkan oleh
seseorang Pengarah Rukun Tetangga.
3.3. Alat-alat
yang perlu ada di pusat rondaan adalah: Buku Rekod Kedatangan, Daftar
Pemastautin Sukarelawan, Buku Rekod Rondaan, Kotak Pertolongan Cemas dan
lain-lain peralatan yang difikirkan perlu oleh Jawatankuasa Skim atau
Pengarah Rukun Tetangga.
4. TUJUAN RONDAAN
4.1. Membantu mencegah jenayah dan gejala sosial yang negatif di dalam kawasan rondaan.
4.2. Membendung kegiatan jenayah dan gejala sosial yang negatif.
4.3. Membantu pihak berkuasa menangkap penjenayah dan menyerahkan penjenayah tersebut kepada pihak polis dangan kadar segera.
4.4. Membantu
menguatkuasa undang-undang jika diminta berbuat demikian oleh Pengarah
Rukun Tetangga dan lain-lain agensi penguatkuasa seperti polis.
4.5. Memberi perlindungan ke atas nyawa dan harta benda pemastautin.
4.6. Membantu
melaksanakan lain-lain tugas yang diarahkan oleh seseorang Pengarah
Rukun Tetangga atau Jawatankuasa Skim dari semasa ke semasa.
5. TUGASAN RONDAAN
5.1. Tugas rondaan terbahagi kepada dua (2) kategori iaitu rondaan berjalan kaki dan rondaan berkenderaan.
5.2. Rondaan berjalan kaki tidak kurang dari 3 orang Pemastautin Sukarelawan dan kawasan rondaan tidak melebihi 2 kilometer.
5.3. Manakala rondaan berkenderaan tidak kurang dari 3 orang anggota Pemastautin Sukarelawan dan kawasan rondaan yang lebih luas.
5.4. Rondaan berkenderaan boleh dilaksanaan samada dengan menggunakan kereta, motosikal atau basikal.
5.5. Setiap
Pemastautin Sukarelawan adalah bertanggungjawab bagi mendapatkan
tarikh, masa dan kawasan rondaan daripada Jawatankuasa Skim.
6. TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA SKIM
6.1. Menyediakan Daftar Pemastautin Sukarelawan yang mengandungi butir-butir peribadi Pemastautin Sukarelawan.
6.2. Menyediakan Roster Rondaan Pemastautin Sukarelawan.
6.3. Memaklumkan
kepada semua Pemastautin Sukarelawan kandungan Roster Rondaan dan
membekalkan satu salinan kepada Pengarah Rukun Tetangga dan pihak polis.
6.4. Mempamerkan Roster Rondaan di Pusat Rondaan.
6.5. Memilih seorang Pemastautin Sukarelawan sebagai Ketua Kumpulan Rondaan bagi setiap syif.
6.6. Menyusun rondaan sukarela.
6.7. Mendapatkan Surat/Kad Pengenalan Diri Pemastautin Sukarelawan yang telah ditandatangani Pengarah Rukun Tetangga.
6.8. Menyediakan peralatan rondaan yang diperlukan.
6.9. Mendapatkan sumber kewangan dan menjelaskan segala perbelanjaan berkaitan dengan rondaan sukarela.
6.10. Memberi
maklumat yang dikehendaki oleh Pengarah Rukun Tetangga dan pihak Polis
dari masa ke semasa berhubung dengan pengendalian Skim Rondaan Sukarela.
6.11. Menyedia dan mengemukakan Laporan Bulanan Rondaan kepada Pengarah Rukun Tetangga.
7. TAKLIMAT SEBELUM MEMULAKAN RONDAAN
7.1. Ketua Kumpulan Rondaan hendaklah membuat persediaan pada tiap kali sebelum memulakan rondaan.
7.2. Takliamt
sebelum memulakan rondaan hendaklah di sampaikan oleh Ketua Kumpulan
Rondaan, Jawatankausa Skim atau Ahli Jawatankuasa Skim.
7.3. Anggota Pemastautin Sukarelawan hendaklah dibaris 15 minit sebelum keluar membuat rondaan dengan tujuan memastikan:
7.3.1. Semua anggota Pemastautin Sukarelawan hadir.
7.3.2. Semua anggota Pemastautin Sukarelawan yang bertugas dibekalkan dengan peralatan rondaan.
7.3.3. Semua anggota Pemastautin Sukarelawan menandatangani Buku Rekod Kedatangan.
7.4. Memberi taklimat mengenai arahan-arahan seperti berikut:
7.4.1. Laluan serta kawasan rondaan yang telah ditetapkan.
7.4.2. Cara-cara menjalankan rondaan.
7.4.3. Perhubungan dengan orang ramai.
7.4.4. Perhubungan dengan polis dan lain-lain agensi penguatkuasaan.
7.4.5. Arahan daripada Pengarah Rukun Tetangga dan Jawatankuasa Skim.
7.4.6. Memberitahu tempat-tempat yang perlu diambil perhatian untuk keselamatan diri.
7.4.7. Memberitahu kejadian-kejadian yang telah berlaku berdasarkan maklumat orang ramai dan rondaan terdahulu dari ini.
7.5. Menyuraikan baris Pemastautin Sukarelawan selepas taklimat.
7.6. Memberi arahan agar rondaan dimulakan mengikut laluan serta kawasan rondaan yang telah ditetapkan.
8. CARA MENJALANKAN RONDAAN
8.1. Berjalan
ditepi jalan dalam jarak yang selamat dari kenderaan dihadapan dan
kenderaan di belakang dan jika berkenderaan, kenderaan mesti dipandu
perlahan dalam jarak yang selamat dari pengguna jalan raya yang lain.
8.2. Sentiasa berwaspada dan mengawasi keadaan serta laluan dan kawasan rondaan.
8.3. Jika rondaan dibuat pada waktu malam hari, elakkan dari membuat bising yang boleh mengganggu ketenteraman orang ramai.
8.4. Hendaklah
menghubungi Pusat Rondaan bagi membuat laporan mengenai keadaan semasa
dan perkara-perkara yang memerlukan tindakan segera Pusat Rondaan.
9. TANGGUNGJAWAB KETUA KUMPULAN RONDAAN
9.1. Mengetahui ahli-ahli kumpulan rondaan dalam syif yang telah ditetapkan.
9.2. Memberi
taklimat mengenai arah rondaan, peraturan-peraturan/larangan serta
tindakan yang perlu di ambil semasa rondaan dan sebelum rondaan.
9.3. Mempastikan semua ahli syif menurunkan tandatangan dalam Buku Rekod Kedatangan.
9.4. Mempastikan semua ahli syif membawa peralatan yang ditentukan semasa rondaan.
9.5. Bertanggungjawab
mengumpul semua peralatan yang digunakan selepas selesai rondaan dan
menyimpan dalam stor/tempat yang telah ditentukan oleh Jawatankuasa
Skim.
9.6. Mengawasi supaya ahli-ahli mematuhi arahan dan peraturan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Skim.
9.7. Membuat laporan dalam buku catatan Rondaan sesudah selesai menjalankan rondaan mengikut syif yang telah ditetapkan.
10. TANGGUNGJAWAB PEMASTAUTIN SUKARELAWAN SEMASA RONDAAN
10.1. Sentiasa
bersedia untuk mematuhi segala arahan daripada Pengarah Rukun Tetangga,
Jawatankuasa Skim, Ahli Jawatankuasa Skim dan Ketua Kumpulan Rondaan.
10.2. Sentiasa
membawa Surat/Kad Pengenalan Diri dan menggunakan alat-alat yang
ditentukan oleh Pengarah Rukun Tetangga dan Jawatankuasa Skim.
10.3. Sentiasa menjaga disiplin serta berkelakuan penuh tertib dan sopan semasa menjalankan Skim Rondaan Sukarela.
10.4. Sentiasa memakai ‘uniform’ yang telah diluluskan serta dibenarkan oleh seseorang Pengarah Rukun Tetangga semasa rondaan.
10.5. Seseorang Pemastautin Sukarelawan hendaklah pada sepanjang masa dan ketika:
a. Tidak mengingkari arahan Ketua Kumpulan Rondaan
b. Tidak menggunakan bahasa lucah dan memalukan, serta memaki hamun pada masa bertugas;
c. Tidur atau berjudi;
d. Tidak memberi maklumat palsu;
e. Tidak hadir bertugas tanpa sebab;
f. Tidak berada di bawah pengaruh alkohol atau apa-apa dadah pada masa bertugas;
g. Tidak
secara cual atau tanpa sebab-sebab yang berpatutan menyebabkan
terlepasnya tembakan sesuatu senjata api pada masa bertugas; dan
h. Tidak
bertindak dengan apa-apa cara yang tidak dinyatakan di atas yang boleh
memudaratkan kebajikan sesuatu Kawasan/Sektor Rukun Tetangga.
11. KUASA MATA-MATA PEMASTAUTIN SUKARELAWAN SEMASA RONDAAN
11.1. Seseorang
Pemastautin Sukarelawan semasa bertugas meronda atau mengawal dalam
kawasan tugasnya adalah disifatkan sebagai seorang pegawai polis
berpangkat mata-mata dan mempunyai segala kewajipan, segala kuasa dan
segala imuniti seorang pegawai polis berpangkat mata-mata.
11.2. Walau
bagaimanapun, kuasa mata-mata Pemastautin Sukarelawan semasa bertugas
meronda atau mengawal dalam kawasan tugasnya adalah tertakluk kepada
apa-apa atahan, syarat, sekatan atau batasan yang boleh dinyatakan
semasa secara lisan atau bertulis oleh seorang Pengarah, Jawatankuasa
Skim atau ahli Jawatankuasa Skim.
12. TAKLIMAT SELEPAS TAMAT RONDAAN
12.1. Ambil baris anggota Pemastautin Sukarelawan yang habis tugas di luar pusat rondaan.
12.2. Ketua Kumpulan Rondaan perlu menentukan:
12.2.1. Semua anggota Pemastautin Sukarelawan baik dari tugas rondaan.
12.2.2. Arahan mengembalikan peralatan rondaan.
12.2.3. Memberi taklimat mengenai hasil daripada rondaan yang telah dilaksanakan.
12.2.4. Menyurai baris tugas.
12.2.5. Membuat catatan serta laporan rondaan di dalam Buku Rekod Rondaan.
13. MENJAWAB PANGGILAN TELEFON
13.1. Hendaklah menjawab telefon dengan tertib dan sopan santun sebagai mana kehendaki oleh Pengarah Rukun Tetangga dan Jawatan Skim.
13.2. Mendengar
dengan teliti dan mencatat apa-apa aduan, berita atau makluman yang
hendak disampaikan oleh mereka yang membuat panggilan.
13.3. Memaklumkan
dengan kadar segera apa-apaa aduan, berita atau makluman kepada
Pengarah Rukun Tetangga, Jawatankuasa Skim atau pihak polis; jika ianya
memerlukan tindakan segera dan serta merta.
4. PERSIAPAN MENYERAH TUGAS PENYELIAAN DI PUSAT RONDAAN
14.1. Ahli
Jawatankuasa Skim atau Pemastautin Sukarelawan yang ditugaskan di Pusat
Rondaan dikehendaki membuat catatan satu senarai untuk serah menyerah
tugas bagi menyenangkan untuk meneliti dan mempastikan semua perkara
dalam keadaan lengkap.
14.2. Sebelum
menerima tugas, ahli Jawatankausa Skim atau Pemastautin Sukarelawan
yang akan mengambil alih tugas menyelia Pusat Rondaan, mempastikan semua
borang dan peralatan yang adalah lengkap dan sempurna.
14.3. Memberi taklimat dan arahan tugas kepada yang menerima tugas menyelia Pusat Rondaan.
14.4. Memberitahu jika ada aduan atau kes-kes terbaru yang diterima.
14.5. Memberi penerangan mengenai tahunan atau tangkapan samada masih dalam tahunan atau telah diserah kepada pihak polis.
14.6. Bersurai setelah diambil alih oleh ahli Jawatankuasa Skim atau Pemastautin Sukarelawan yang baru masuk bertugas.
15. LAIN-LAIN TUGAS DI PUSAT RONDAAN
15.1. Membantu orang ramai menunjukkan tempat yang ingin mereka pergi, contoh seperti ke rumah saudara mara dan sebagainya.
15.2. Menjadi mediator dalam sebarang pertelingkahan orang ramai jika diminta berbuat demikian.
15.3. Menghubungi Balai Polis berhampiran bagi mendapatkan maklumat atau bantuan jika diperlukan.
16. PENYELARASAN TUGAS DI PUSAT RONDAAN
16.1. Penyelarasan tugas di Pusat Rondaan akan ditentukan oleh Jawatankuasa Skim.
16.2. Jawatankausa
Skim bertanggungjawab melantik tidak kurang daripada 4 orang ahli
Jawankuasa Skim atau Pemastautin Sukarelawan pada satu-satu masa sebagai
Penyelia di pusat Rondaan sewaktu rondaan sedang dilaksanakan.
16.3. Jawatankausa
Skim bertanggungjawab bagi menentukan waktu bertugas ahli Jawatankausa
Skim atau Pemastautin Sukarelawan sebagai Penyelia Pusat Rondaan
mengikut roster rondaan yang telah ditetapkan.
16.4. Jawatankuasa Skim hendaklah melantik salah seorang Penyelia Pusat Rondaan sebagai Ketua Penyelia Pusat Rondaan.
17. TUGAS PENYELIA PUSAT RONDAAN
17.1. Penyeliaan Pusat Rondaan hendaklah tiba di Pusat Rondaan satu (1) jam lebih awal sebelum syif rondaan bermula.
17.2. Penyelia
Pusat Rondaan hendaklah mempastikan semua peralatan termasuk buku
catatan bagi kegunaan rondaan telah disediakan oleh Jawatankausa Skim.
18. PERHUBUNGAN DENGAN ORANG RAMAI
18.1. Mempastikan
Ahli Jawatankausa Skim atau Pemastautin Sukarelawan yang bertugas di
Pusat Rondaan atau yang menjalankan rondaan sentiasa menjaga disiplin,
sopan dan santun serta berbudi bahasa dan pekerti yang tinggi mutunya
sewaktu berurusan dengan orang ramai.
19. KERJASAMA DENGAN PIHAK POLIS
19.1. Pihak polis hendaklah dimaklumkan mengenai kewujudan Skim Rondaan Sukarela di Kawasan/Sektor Rukun Tetangga yang berkenaan.
19.2. Satu
salinan daftar Pemastautin Sukarelawan yang terlibat dengan Skim
Rondaan Sukarela dan roster hendaklah diberikan kepada pihak polis.
19.3. Semua
pihak termasuk Jawatankausa Skim, Ahli Jawatankausa Skim dan
Pemastautin Sukarelawan hendaklah memberi kerjasama sepenuhnya kepada
pihak polis berhubung dengan sebarang maklumat mengenai Skim Rondaan
Sukarela.
19.4. Pihak polis hendaklah juga dijemput untuk bersama-sama meronda bersama Pemastautin Sukarelawan.
19.5. Sebarang
kejadian atau laporan yang mencurigakan hendaklah dimaklumkan kepada
pihak polis sama ada oleh Jawatankuasa Skim Rondaan Ahli Jawatankuasa
Skim dan Pemastautin Sukarelawan.
20. MENERIMA ADUAN ORANG RAMAI DI PUSAT RONDAAN
20.1. Apabila menerima aduan daripada orang ramai, tindakan yang perlu diambil oleh ahli Jawatankuasa Skim adalah:
20.1.1. Menerima dan membuat catatan di dalam buku catatan.
20.1.2. Memaklumkan kepada Jawatankuasa Skim dengan kadar segera.
20.1.3. Menerima arahan daripada Jawatankuasa Skim untuk tindakan selanjutnya.
20.1.4. Merujuk kepada Balai Polis yang berdekatan untuk tindakan selanjutnya.
20.1.5. Merujuk kepada Pengarah Rukun Tetangga untuk tindan selanjutnya.
21. KERJASAMA DENGAN LAIN-LAIN AGENSI KERAJAAN
21.1. Skim
Rondaan Sukarela juga berharap untuk mendapatkan kerjasama dengan
lain-lain Agensi Kerajaan seperti RELA, JAKIM, MAJLIS PERBANDARAN,
PEJABAT, pejabat daerah serta lain-lain Agensi Penguatkuasaan
undang-undang dalam manjayakan Skim ini.
21.2. Sebarang
bentuk kerjasama dengan lain-lain agensi kerajaan boleh dibincangkan
bersama dengan Pengarah Rukun Tetangga dan Jawatankuasa Skim di mana
Skim Rondaan Sukarela dilaksanakan.
Sumber : Jabatan Perpaduan & intergasi nasional,JPM
No comments:
Post a Comment